Kisah Jual Burger

Okey..

Oleh kerana aku selalu balik kampung dan selalu lepak kedai Jual Burger berhadapan dengan rumah aku. Selalu juga dapat diskaun bila beli burger, maklum la yang jual burger tu sepupu aku..haha..


Loni masuk tahun ke berapa dah dia jual burger, nampaknya keuntungannya pun dah berganda-ganda. Dulu, masa dia mula-mula buka kedai burger, hampir setahun slow jer keuntungannya..

Masa tu aku pernah tanya dia, "berapa yang dia dapat semalaman". Tak banyak, kalau hari biasa dalam 70 atau 80 ringgit. Hari minggu tu dapat la 100 ringgit lebih. Sambil-sambil sembang tu dapat la burger free..hehe..

Tapi nampak dia happy jer, mungkin bekerja sendiri kot. Tak stress dengan bos yang selalu push dari belakang, dia bos dan dia la kuli. Apa yang Jie suka, disiplin dia dalam berniaga. Sentiasa buka kedai burger tepat pada masanya dan setiap hari kedai dia beroperasi, jarang sangat di tutup..

Kedainya biasa jer, macam di pasar malam. Burgernya memang sedap dan harganya murah sikit dari tempat lain. Sebab tu sekarang ini ramai jer pelangannya..


Itu kisah dulu la.. 


Kisah Jual Burger

Kisah Jual Burger


Dan ini kisah yang di kongsikan oleh Kak Zakie, Owner blog Titisan Nurani. Sebelum tu aku ada terbitkan artikel Cara Mulakan Bisnes Burger. Beliau meninggalkan komen dan dapat la aku kongsikan bersama pembaca..


Kakak nak cerita panjang sikit sebagai peransang. Driver lori tempat kakak ni gajinya cuma RM2300/- anak tiga isteri tak kerja. Tapi mereka bijak. Isteri dia tiap hari buat karipap dan nasi lemak masuk bekas transparent tu tiap pagi hantar restoran cina. Laku sebab org cina suka nasi lemak dia. Pandai kan 
Driver kakak ni malam dia jual burger. Dulu memula satu malam dia cuma dpt 50-70 ringgit aje. Tapi masuk tahun ke dua dia boleh dapat 300-400 sebulan. Sekarang ni dia boleh dapat 2000-3000 sebulan. Tapi dah ada seorang pembantu dan isterinya juga kadang-kadang. Lokasi cantik tempat tumpuan org dan sedap. SO jgn takut org sekarang ramai yg malas masak, nak senang beli burger. Boleh cuba tapi jgn tinggalkan kerja. Buat malam aje..

Dah baca ke kisahnya ? Dua-duanya suka berniaga dan perniagaan yang dipilih ialah bisnes burger. Modalnya tak besar dan pulangannya berlipat kali ganda. Mereka dah dapat pulangan yang setimpal dengan usahanya..

Kalau korang minat berniaga dan pilihan korang ialah bisnes burger. Mesti korang search google cari maklumat secukupnya untuk memulakan bisnes. Panduan mulakan bisnes burger secara detail telah menerangkan langkah-langkah yang harus dilakukan supaya bisnes korang maju..

Senang ceritakan...

Subscribe to receive free email updates:

21 Responses to "Kisah Jual Burger"

  1. Menarik kisah ni.
    Yang penting...produk & service yang berkualiti, komitment dan minat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau RM50 untung untuk sehari dan darab dengan 30 hari maka secara congak sahaja dan dapat RM1500 sebulan..kerja pun tak sampai lapan jam sehari

      Padam
  2. Niaga benda makan ni, asal sedap memang orang akan cari :)

    BalasPadam
  3. Menarik kisah ni.
    Yang penting...produk & service yang berkualiti, komitment dan minat..

    BalasPadam
  4. berniaga makanan memang tak akan rugi..

    BalasPadam
  5. BERNIAGA ADA UNTUNG N RUGINYA TAPI KESUNGGUHAN AKAN ATASI APAPUN MASALAH BISNIS YG DIHADAPI...TAPI YG SUSAHTU NK MULAKANNYA..

    BalasPadam
  6. Betul juga apa yang Kak Zakie tu cakap, orang sekarang ramai yang malas masak, semuanya nak express je..haha

    BalasPadam
  7. yg penting ada minat dan komitmen

    BalasPadam
  8. Memang kalau perasan org skrg, rata2 yg meniaga tepi jalan ni skrg nampak lebih berjaya. Sbb org tau, ade segelintir org malas nak masak. Contoh dekat, ana. Haha. Ana mmg suka beli brger ke kopok lekor tepi jalan. Jd tabiat da skrg.

    BalasPadam
  9. InsyaAllah...Kalau buat kerja dan berniaga apa pun, kalau rajin, ikhlas dan jujur...akan beroleh rezeki yang berkat.
    BM Dah lama tak makan burger beli, buat sendiri lebih puas hati...hehe

    BalasPadam
  10. kehebatan orang berniaga burger ialah tak perlu premis yang mahal mahal dan ibadah solat senang nak buat..

    masuk waktu solat tutup je kedai atau cari pekerja untuk bantu

    BalasPadam
  11. Perniagaan ni begitulah... kalau cukup lama dan konsisten, memang akan menampakkan peningkatan

    BalasPadam
  12. Satu kenyataan yg tak boleh dinafikan lagi Jie.
    Sekarang driver lorry kakak tu dah makin senang dah. Dua pekerja lagi
    Org S'pore lagi kalau hujung minggu tempat dialah yg jadi tumpuan.

    BalasPadam
  13. Yup..memang ada untungnya kalau buat bisnes ni..kalau tak, macam ni abang burger kat Jerteh ni tak pernah jemu dan berterusan menjual burger walaupun dah bertahun meniaga burger...saya ingat masa zaman saya belajar lagi, sampailah anak saya dah dua orang..masih setia buat bisnes burger...jadi, apakah makna semua ni? Fikir-fikirkanlah..haha

    BalasPadam
  14. Berniaga ni memang memerlukan kesabaran dan yang penting usaha yang tidak pernah jemu

    BalasPadam
  15. ada member baru je start jual burger dengan modal RM500. Apa yang penting keinginan dan usahah tanpa rasa putus asa.

    BalasPadam
  16. berniaga perlu gak kemahiran..kemahiran memasak

    BalasPadam
  17. Wah...kerja sendiri memang memberikan kepuasan...nak dengan tak nak je

    BalasPadam
  18. baca ni tetiba teringin pula makan burger

    BalasPadam
  19. Dulu ingat lagi pada tahun 2003 buat bisnes burger. Ok la sehari dapat untung bersih dalam RM100.

    Itupun jual burger dalam RM1.20 sebiji.

    Kalau ada yang mintak bukan-bukan, rezeki lebih sikit hari tue.

    Kini pun start buat business burger balik. Tapi buat bila ada tempahan je.

    Kalau nak buka gerai, rasanya banyak sangat gerai dekat sini.

    BalasPadam