Menarik, kan kalau dapat income RM200 hingga RM1000 sebulan dengan pendapatan sampingan yang dilakukan dengan rajin. Pastinya ia sedikit sebanyak dapat menampung kehidupan anda..
Dan..
Pastinya ramai yang blur bisnes apa yang boleh dilakukan di rumah dan lebih penting lagi, ianya halal tanpa bersusah payah menipu. Dari sini lah anda boleh memcuba menjual pelbagai kek atau kuih muih sebagai alternatif bisnes anda..
Bisnes Bakeri Dari Rumah
Jika anda serius hendak mencari side income, anda boleh memulakan bisnes bakeri dari rumah yang memang mendapat permintaan tinggi dari semua golongan masyarakat. Jika anda sudah ada basic dalam bakeri ini tapi tiada ilmu dalam pemasaran, susah jugak nak promosi bisnes anda..Bukan senang nak buat bisnes, kan..
Ilmu itu penting dalam apa-apa bidang yang kita ceburi, lebih-lebih lagi nak jadi USAHAWAN BERJAYA. Jika anda betul-betul serius nak mencari pendapatan sampingan dengan bakeri, tambahkan ilmu tersebut di dada anda tu..
Panduan Bisnes Bakeri
Di sini aku nak share panduan bagaimana anda mulakan bisnes bakeri. In Sha Allah dengan ilmu tersebut, dapat anda belajar dan mula praktikkan. Dengan panduan ini dapat lah anda tahu step-step yang harus anda ikuti dalam membongkar rahsia kejayaan bisnes tersebut..Antara isi kandungan panduan..
BAB 1 : FORMULA 2M+2P
BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?
BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!
BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!
BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!
BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!
BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI
BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN
BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI
Ringkasan isi kandungannya, banyak bab-bab penting yang tidak rugi anda follow terutama teknik promosi. Jika anda hendak baca edisi penuh panduan ini. Dapatkan dari link ini "Panduan Bisnes Bakeri"..

Modal Mulakan Bisnes Bakeri
Pastinya dalam sesuatu bisnes modal di ambil kira, kalau boleh pastinya hendak modal yang rendah, kan. Lebih-lebih lagi baru hendak berjinak-jinak dalam bisnes ini. Orang kata mulakan dulu dengan modal yang rendah..
Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!
Permintaan Tinggi Produk Home-Made Bakeri
Tahu kah anda produk home-made seperti cupcake, muffin, cheese tark, fruit tart, roti jala, kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari..
Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.
Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan..
Nampak, memang sesuai menjalankan bisnes ini dari rumah. anda nampak bakeri ini sentiasa saja ada permintaan. lebih-lebih lagi jika hari perayaan atau cuti sekolah. Memang sibuk memanjang la di dapur..huhu..
Jarang-jarang sekali ada orang turunkan ilmu bisnes bakeri ini. jadi, manfaatkan ilmu tersebut. Apa-apa pun semiga anda berjaya dengan kerja keras anda itu. Bisnes tidak akan berjaya tanpa usaha..
Terima kasih membaca artikel Bagaimana Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah..
Sesuai sgt utk suri rumah..dapatkan panduan ini dan mulakan bisnes bakeri
BalasPadamsy suka part2 bakeri ni tp tangan ni krg menjadi laa... kalu memasak no prob heheheh bkn x penah cuba...penah tp byk x menjadi drpd menjadi ;-)
BalasPadammmg sesuai sgt kalau nak buat duit tambahan.. ramai yang suka tempah kek sekarang ni
BalasPadamseronok kalau dapat cuba panduan ni
BalasPadamsaya suka membaking walaupun pd resipi aru
orang perempuan mesti suka nih. haha
BalasPadamsapa minat baking memang bagus ni
BalasPadamkakak saya buat bisnes ni hanya dari rumah, dapatlah tampung belanja dapur sikit
BalasPadamOffice mate pun ada jugak buat business part time order bakery nie...
BalasPadam