Berapa Kos Beli Saham ?

Berapa Kos Beli Saham ? Agak –agak anda berapa modal untuk membeli saham ? Mahal atau murah ! Zaman admin dulu-dulu, Kita sering didedahkan dengan cerita nak beli saham ini memerlukan modal besar, ia sesuai untuk orang kaya saja. Sampai mereka-mereka ini yang berpendapatan sederhana takut untuk melabur saham.Tanggapan macam itu ternyata salah, jika anda baca Panduan Main Saham ini, pastinya anda teringin untuk mendalami ilmu saham..

Berapa Kos Beli Saham ?

Berapa Kos Beli Saham ?


Jika anda baca artikel ini, modal untuk melabur saham rendah sahaja. Dengan bermodalkan RM200 anda sudah boleh membeli unit-unit saham. Untuk pembelian saham minimum 1 lot hanya 100 unit saham sahaja. Sebagai contoh nilai 1 unit saham RM0.40, anda kira kalau beli dalam 100 unit..

Kaunter Maybank > nilai 1 unit RM0.40
Pembelian Minimum > 100 unit
Jumlah keseluruhan > RM40.00


Berapa Kos Beli Saham ?


Sangat murah, kan. Untuk 100 unit anda hanya keluarkan RM40.00 saja. Tapi takkan nak beli 100 unit saja. Dengan harga serendah itu, pastinya anda akan melabur lebih sedikit. Ia bergantung pada kewangan dan juga keberanian anda..
 

Caj Yang Terlibat Dalam Pembelian Saham


Semasa pembelian saham, contohnya anda membeli 200 unit. Bukan nilai seperti di atas saja yang terlibat, anda akan dikenakan sedikit caj semasa pembelian dan caj sedemikian juga akan dikenakan semasa proses menjual saham. Antara caj yang terlibat..

  • Stamp Duty
  • Clearing Fee
  • Brokerage Fee

Semasa anda membuat urusan pembelian saham, ia tidak dikenakan GST tapi caj itu berlaku bila anda berurusan dengan broker seperti pembukaan Akaun CDS. Dengan makluman ini, pembukaan akaun CDS akan dikenakan caj GST bermula 1 April 2015..
 

itu serba sedikit yang boleh dikongsikan. Jika ingin mengetahui lebih lagi tentangselok belok Saham Malaysia. Anda boleh membaca Panduan Main Saham Ini. Ia tidak rugi untuk masa depan anda..

Terima kasih membaca artikel Berapa Kos Beli Saham ?

Subscribe to receive free email updates:

3 Responses to "Berapa Kos Beli Saham ?"

  1. banyak jugak nak kena belajar kalau nak main saham ni

    BalasPadam
  2. kena belajar dan kena ada geng.

    wat sensorang tak jadi.

    BalasPadam