Muslihat Dengan Selawat

Assalamualaikum..


Google punya

Hai korang, masa cek email xdi.. Terjumpa lak kisah ni.. Orang yang cakap bohong tapi menggunakan selawat untuk menunjukkan dia tu baik.. Ada jugak orang macam ni.. Semoga jadi pedoman untuk kita semua...


Tiba-tiba bum, kereta saya dilanggar dari belakang. Saya terpaksa berhenti di persimpangan sebuah bulatan. Seorang lelaki Melayu keluar dari sebuah kereta mewah. Saya kira dia hanya seorang pemandu… ada tuannya yang duduk di sebelah kiri bahagian belakang. Juga seorang Melayu.
“Assalamualaikum. Allah humma salli ala Muhammad…” ujar pemandu itu berkali-kali sambil menghulurkan tangan buat bersalam.
Saya menjawab salam dan kemudian terus berjabat tangan.
“Selesai cara mudah sahaja. Kita orang Islam.”
“Ya. Ya, “jawab saya sambil memerhati kerosakan kereta. Kereta mewah yang dipandunya tidak rosak apa-apa tetapi kereta saya memang teruk. Conggak saya jika dihantar ke kedai anggapannya tidak kurang rm 500.
“Ya kita buat cara mudah. Kita saling bermaafan sahajalah. Lupa-lupakan sahaja. Lagipun saya tidak sengaja.”
“Tapi tuan melanggar dari belakang. Ini satu kecuaian. Lagipun saya perlu kos untuk membaiki kereta saya ni.”
“Alllhahumma salli ala Muhammad… kita bermaafanlah.”
“Ya. Tetapi kita mesti bertanggung jawab…”
Dia pergi menemui tuannya yang tidak pun keluar dari kereta sejak tadi. Asyik membaca akhbar. Ya, dia orang besar.
“Beginilah encik, ambil kad ini dan telifon kita berurusan kemudian. Kami yang salah, insya Allah kita ‘settle’ nanti. Jangan lupa call nombor ini ya,” sambil memberi kertas yang ada catatan no telifon.
Oleh sebab percaya dan tidak mahu menyusahkan kereta-kereta yang sudah berbaris di belakang saya menerima kertas itu dan berlalu segera.

Satu hari, dua hari, tiga hari dan sehingga seminggu… saya menelifon nombor yang diberikan. Namun tidak ada jawapan. Cuma sekali ada bunyi diangkat dan saya disergah oleh suara kasar dengan bahasa asing. Tidak ada selawat lagi!

Credit pada Tuan punya

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Muslihat Dengan SelawatAssalamualaikum.. Google punya Hai korang, masa cek email xdi.. Terjumpa lak kisah ni.. Orang yang cakap bohong tapi menggunakan sela… Read More...
  • Mengecat RumahAssalamualaikum.. Hai korang, semalam sibuk lak.. Seharian mengecat rumah member.. Dari pagi sampai la ke petang.. Letih ea cat rumah ni.. … Read More...
  • Kali Pertama DireviewAssalaimualaikum .. Hai pembaca-pembaca semua.. Ehh ada ke yang nak baca ni..hehe.. Takpe lah janji update blog.. Betul tak.. Okey, kit… Read More...
  • Selalu KomenAssalamualaikum.. Hai korang, Hari ni cuba cari tutorial cara nak letak widget orang yang selalu komen blog kite n terjumpa kat blog han… Read More...
  • Selamat Pengantin BaruAssalamualaikum.. Hai korang, hari isnin lepas pada tarikh 3/6/2013 aku berkesempatan menghadiri kenduri kawan dekat Kuala Terengganu.. … Read More...

3 Responses to "Muslihat Dengan Selawat"

  1. amboi... bengangnya... tak baik disalahgunakan... aishhh..

    BalasPadam
  2. melampau betul la...

    BalasPadam
  3. hurm.... kita kena bertggjwb di atas stiap tindakan kitaa :)

    BalasPadam