Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah



Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah. Ada satu lagi bisnes yang anda bpleh lakukan secara sambilan selain bisnes burger, aiskrim, air balang iaitu bisnes bakeri. Tapi ia lebih kepada wanita atau suri rumah..

Macam isteri jie la, suri rumah tapi ada bisnes online. Ada pelbagai cabang bisnes yang boleh dilakukan di rumah, kan. Anda pun boleh cuba mulakan bisnes di rumah dengan bisnes bakeri ini. Adakah anda berminat ?

Jika anda hendak pelajarinya, ada satu rujukan yang ditulis oleh Nik Roslin Nik Men iaitu panduan bisnes bakeri. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sendiri bertahun-tahun membuat pelbagai Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Fruit Tart, Roti Jala dan kuih-muih..
Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Sumber foto | Klik sini
Terliur dengan cupcake..huhu..


Bisnes Bakeri

Bagusnya kita yang berkerja sebagai suri rumah atau untuk semua golongan masyarakat tapi berpeluang menjalankan bisnes kecil-kecil di rumah secara part time, dapat income 3 atau 4 angka sebulan tidak mustahil, kan..

Lepas tu dapat kepuasan membuat bakeri yang cantik-cantik untuk pelanggan..

huhu..

Sahabat-sahabat aku pun semakin ramai yang membuat bisnes di rumah, ada juga yang menjual pelbagai bakeri secara online. Kalau ada order kawasan yang berdekatan, memang beliau akan hantar tapi pastikan bayar dulu..hehe..

Bisnes Bakeri
Ilmu bisnes seharusnya di cari..


Panduan Bisnes Bakeri

Berbalik pada panduan ini, anda akan diajar dengan teknik-teknik yang betul dalam pembuatan bakeri, promosi, kos peralatan dan banyak lagi menerusi bab-bab yang akan dibaca oleh anda. Ada lebih kurang 10 bab dalam panduan bisnes bakeri, antaranya..

BAB 1 : FORMULA 2M+2P
BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?
BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!
BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!
BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!
BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!
BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI
BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN
BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Secara ringkas bab dalam panduan bisnes bakeri, tidak sia-sia anda dapatkan ilmu ini. Boleh gunakan untuk diri sendiri atau hendak mulakan bisnes anda di rumah. anda boleh dapatkan rujukan penuh melalui link di bawah..

Kenalpasti Produk Bisnes Bakeri Mendapat Permintaan Tinggi

Hendak bisnes bakeri kena lah tahu jenis bakeri mana yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Ini memudahkan anda untuk target pasaran In Sha Allah dengan langkah yang betul, anda berjaya mencapai sasaran..

Jangan pulak bisnes hari ini, esok lusa nak untung dah. Ambil masa sikit dan jangan putus asa..

Produk Bisnes Bakeri Mendapat Permintaan Tinggi

  • Cupcake
  • Muffin
  • Cheese Tart
  • Coklat Homemade
  • Kek Coklat
  • Kek Lapis
  • Kek Cheese
  • Fruit Tart
  • Roti Jala
  • Kuih-muih

Seperti yang dikatakan oleh Nik Roslin Nik Men, ada tempahan yang terpaksa ditolak..


Video Bisnes Bakeri

Jom saksikan video seorang gadis berjaya dalam bisnes bakeri, yang hairan belajar jurusan lain tapi buat bisnes bidang berlainan. Orang kata minat memainkan peranan penting jugak. Khusyuk lain macam bila minat ni..


Kesimpulan, kalau anda berminat untuk tambah income lebih-lebih lagi bisnes dari rumah. Boleh mencuba bisnes bakeri yang semakin evergreen. Tapi pastikan anda anda ilmu dalam bisnes ini. Tidak tahu, boleh belajar dan belajar. Salah satu alat bantuan untuk belajar melalui Panduan Bisnes Bakeri..

Semoga anda berjaya..


Subscribe to receive free email updates:

12 Responses to "Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah"

  1. Bisnes bakeri dari rumah memang sesuai utk suri rumah yang ada komitmen di rumah..panduan ini bagus utk mereka...semoga bisnes lancar kpd anda yang mahu memulakan bisnes...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..mmg sesuai buat bisnes bakeri dari rumah..

      Padam
  2. Sesuai sgt bagi suri rumah sepenuh masa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. panduan bisnes bakeri tumpu pada yang sepenuh masa..

      Padam
  3. sy minat bisnes mcm ni tp tu laa..kekurangannya sy x berapa pandai bab2 bakeri ni tp kalu msk lauk pauk sy boleh no prob ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhuhu..tu la..sebanarnya ramai yang minat bisnes bakeri tapi xpndai buat yang masalah..

      Padam
  4. pasni makin ramai la akak2 kite berbakeri kat umah..yang penting minat dan ada kesungguhan :-)

    BalasPadam
  5. Haha..btul tu cikgu..makin ramai la akak2 bisnes bakeri..

    BalasPadam
  6. Jiran taman dah buat roti. Emmm agaknya business apa yg sesuai untuk hakak ye Jie.
    Serba serbi tak minat gamaknya...

    BalasPadam
  7. Bisnes bakeri ni mmg bagus klu minat dan fokus... saya ada kawan yg buat bisnes bakeri di kejiranan... jiran tetangga pun ada yg tempah dgn dia utk party... mmg lumayan.

    BalasPadam
  8. Tak perlu ada kedai pun nak buat bisnes bakeri ni ye

    BalasPadam