Assalamualaikum..
Hai korang, terbaca kisah yang menarik.. Aku tau mesti ramai yang dah bacakan.. Bagi yang belum baca lagi.. Jom layan sama2..
Google punya
“Alhamdulillah, sekarang majoriti jururawat beragama Islam menutup aurat,” kata saya kepada seorang jururawat senior yang duduk berdepan dengan tempat saya menunggu. “Satu perjalanan panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan jua kami menutup aurat,” balasnya dengan senyuman.
“Tentu ada kenangan yang manis, “ jolok saya untuk menghidupkan perbualan. “Memang ada…. sampai sekarang masih menjadi ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah, ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkan peristiwa itu.” Dia pun mula bercerita. Cerita lama. Telah berlaku lebih kurang 30 tahun yang lalu.
“Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital besar di sebuah bandar. Masa tu saya sendiri masih ‘free hair’. Pada waktu itu menutup aurat pada wanita yang berkarier masih menjadi larangan. Masyarakat masih memandang serong hukum menutup aurat….” Dia mula bercerita. “Satu hari seorang wanita awal akhir 20’an, seingat saya, dimasukkan ke dalam wad yang saya menjadi antara petugasnya yang menjaganya. Sakitnya agak kronik.
Wanita ini sangat baik, tutur katanya lembut dan berakhlak. Dia paling menjaga waktu solat dan sentiasa dalam keadaan menutup aurat. Maklumlah ada juga petugas dan doktor lelaki yang bertugas di dalam wad tersebut…” Saya menanti di mana ‘istimewanya’ kisah wanita menutup aurat itu. “Acap kali dia pengsan. Sebaik tersedar, pertanyaan pertamanya ialah, apakah sudah masuk waktu solat? Kemudian dengan cepat dia akan membetulkan kain tudung yang menutup auratnya. Dia sangat cakna dan prihatin betul dengan solat dan auratnya.” “Lama dia di dalam wad. Perihal sikapnya yang sangat menjaga waktu solat dan penutupan aurat itu sudah menjadi ‘trade mark’nya dan telah dimaklumi oleh petugas hospital dan pesakit di wad berkenaan. Bukan sahaja yang muslim, malah doktor dan petugas bukan Islam pun menghormati prinsip wanita tersebut. Mereka akan berhati-hati apabila berdepan dengannya. “
“Bagaimana dengan sikapnya yang lain?” tanya saya. “Sikapnya yang lain?” “Maksud saya dengan keperibadiannya selain solat dan menutup aurat?” “Dia baik dan hormat dengan semua orang, tidak kira Islam atau bukan Islam. Walaupun menutup aurat, penampilannya sangat dijaga. Sangat menjaga kebersihan dan masa. Tapi itulah… sakit barahnya sudah sangat parah. Tahap kritikal. Kira-kira 2 bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu yang paling mengesankan…” Saya diam. Saya melihat suaranya mula tersekat-sekat. Air matanya mula mengalir… “Tak sangka lepas solat Subuh pagi itu dia meninggal dunia. Ketika meninggal dunia kain tudung yang menutup wajahnya terbuka sedikit kerana mukanya sudah jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Bayangkan… seorang doktor bukan Islam segera berkata pada saya dan rakan jururawat yang lain, cepat-cepat tutup semula, rambutnya sudah terkeluar! …. Saya terkejut. MasyaAllah.
“Tuan bayangkan, orang bukan Islam pun sangat menghormati prinsipnya. Seperti mana dia menjaga auratnya semasa hidup begitulah Allah jaga auratnya setelah meninggal dunia sehingga orang bukan Islam Allah gerakkan hatinya membantu menutup auratnya.” “Sejak itu?” “Sejak itu saya dan beberapa orang kawan lagi tekad menutup aurat. Mula-mula tu dengan berskaf sahaja. Lama-kelamaan meningkat sedikit demi sedikit sampailah semacam ni. Kami sangat tersentuh dengan sikapnya.” Saya senyum. Begitulah hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah. Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir.
Sumber : http://genta-rasa.com/2013/05/07/cerita-benar-buat-iktibar/
perkongsian yang bagus..
BalasPadamsuka baca ^_^
:") Allah pasti akan jaga kita .. sama2lah kita beramal utk menuju redhaNya :')
BalasPadam