Isu terkini yang berlaku di tempat aku, McDonald's Di Dungun Dan Kerteh Kerugian setelah diboikot oleh penduduk setempat. Kekejaman Israel tehadap palestin menimbulkan kemarahan penduduk dunia terutama orang Islam..
Sedikit petikan di Sinar Harian..
Pemilik francaisnya, Syed Hussain Tuan Embong berkata, pendapatan yang diraih kedua-dua restoran itu merosot kira-kira 80 peratus sejak dua hari lalu.
Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.
“Saya tak boleh halang orang berkumpul kerana itu hak individu tapi saya kesal apabila ada yang melontar batu ke arah premis saya. Untuk elak berlaku kejadian tidak diingini, saya terpaksa kunci premis waktu itu.
Baca selanjutnya di SINI...
Semenjaknya terjadinya isu ini, sejujurnya aku memang suka makan burger McDonald's, terus hilang minat nak makan kat sana, boikot jugak kot.hehe. Semoga Allah melindungi Gaza dari kekejaman Israel..
Kredit Picture - http://www.sentiasapanas.com/2012/11/ustaz-azhar-idrus-kantoi-makan-di.html
McD is facing a lot of challenges now. Meat scandal in China and now the boycott.
BalasPadambukan begini untuk boikot, akhirnya imej kita muslim dipandang buruk di mata dunia..boikot perlukan kewarasan akal bukan emosi terlampau..salam syawal ke 12..:)
BalasPadamkalau smpai lontar batu tu mmg melampaula.
BalasPadamyg memboikot pun guna akal tu utk fikir. jgn smpai nanti masuk lokap pulak.
memang melampau la bila bertindak macam tu...
BalasPadamwah. bagus boikot. tp tindakan org lontar batu tu tak patut..
BalasPadamnak boikot pun buatlah secara aman
BalasPadamHarap-harap acara boikot ni tak melahirkan ramai ganster melayu...Niat tak mengahalakan carakan...
BalasPadamsusah juga kalau org kita pun terlibat dgn rangkaian bisnis Israel...bisnis franchise walau xterlibat dgn mrk yg kejam tapi memberi keuntungan kpd syarikat induknya...
BalasPadamBoikotlah utk kebaikan kita semua, tetapi biarlah beralaskan adat & hukum2 kita sbg org Islam... semoga menjadi ibadah buat kita semua...
BalasPadamboikot dgn cara yang berhemah...jangan sampai tindakkan boleh memudarat org awam..
BalasPadamSedih dengan sikap segelintir dari kita, Nak boikot tapi tidak faham tatacara boikot yang sebenarnya...maka dah jadi lebih kurang sama macam zionis jugak la...
BalasPadamBoikot2 juga... tapi cara tu perlulah yang menunjukkan etika umat islam yang baik bukan serupa macam zionis...
BalasPadamAssalamualaikum jie.. dulu kita pun gemar makan mcd. sejak gaza kena bedil, terus boikot. rasa insaf diri .. sebolehnya boikot cara molek sikit la. ini gaya israel lebih kurang je. hmmmm
BalasPadamBoikot la dengan berhemah... jangan la emo sampai baling batu dan memaki hamun pekerja... itu bukan cara orang kita...
BalasPadambetul tu. Saya sokong acik idah :)
BalasPadamBoikot pun boikot la..tapi jgn la bersikap serupa zionis..
BalasPadamBoikot dgn otak bkn dgn kepala lutut
BalasPadam