McDonald's Di Dungun Dan Kerteh Kerugian

Assalamualaikum..
Isu terkini yang berlaku di tempat aku, McDonald's Di Dungun Dan Kerteh Kerugian setelah diboikot oleh penduduk setempat. Kekejaman Israel tehadap palestin menimbulkan kemarahan penduduk dunia terutama orang Islam..

Sedikit petikan di Sinar Harian..

Pemilik francaisnya, Syed Hussain Tuan Embong berkata, pendapatan yang diraih kedua-dua restoran itu merosot kira-kira 80 peratus sejak dua hari lalu.

Lebih teruk katanya, tindakan agresif segelintir peserta demonstrasi di hadapan restoran di Dungun yang turut bertindak membaling batu ke arah premis itu mengakibatkan pekerja ketakutan dan ada yang mahu berhenti kerja.


“Saya tak boleh halang orang berkumpul kerana itu hak individu tapi saya kesal apabila ada yang melontar batu ke arah premis saya. Untuk elak berlaku kejadian tidak diingini, saya terpaksa kunci premis waktu itu.

Baca selanjutnya di SINI...

Semenjaknya terjadinya isu ini, sejujurnya aku memang suka makan burger McDonald's, terus hilang minat nak makan kat sana, boikot jugak kot.hehe. Semoga Allah melindungi Gaza dari kekejaman Israel..

Kredit Picture - http://www.sentiasapanas.com/2012/11/ustaz-azhar-idrus-kantoi-makan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Ibu Bapa Yang Peka Assalamualaikum.. Salam jumaat semua.. Share kata2 daripada Ustaz Don.. Beratnya tanggungjawab ibu bapa ni.. Jangan tahu kawen jer.. Kat… Read More...
  • Kemulian Solat TahajjudAssalamualaikum.. Bertemu lagi kita, siapa yang selalu buat solat tahajjud.. Aku belum pernah buat lagi..hehe.. Baca di facebook takdi tent… Read More...
  • Cara Rezeki Tak Putus-PutusAssalamualaikum.. Salam jumaat semua.. Tertarik dengan kata2 di bawah..Bertapa besarnya ganjaran yang Allah bagi bila kita sentiasa berdoa … Read More...
  • Semua Orang Sama SajaAssalamualaikum.. Salam jumaat dan 2 syawal pada pembaca blog ini.. Hari ni mesti ramai yang keluar berhari raya kan.. Maklum la semalam tu… Read More...
  • Niat Puasa jangan LupaAssalamualaikum.. Wah, pejam celik pejam celik..tutu.. dah nak masuk bulan ramadan.. Cepatnya masa berlalu.. Dalam 2 hari lagi ni kita nak … Read More...

17 Responses to "McDonald's Di Dungun Dan Kerteh Kerugian"

  1. McD is facing a lot of challenges now. Meat scandal in China and now the boycott.

    BalasPadam
  2. bukan begini untuk boikot, akhirnya imej kita muslim dipandang buruk di mata dunia..boikot perlukan kewarasan akal bukan emosi terlampau..salam syawal ke 12..:)

    BalasPadam
  3. kalau smpai lontar batu tu mmg melampaula.
    yg memboikot pun guna akal tu utk fikir. jgn smpai nanti masuk lokap pulak.

    BalasPadam
  4. memang melampau la bila bertindak macam tu...

    BalasPadam
  5. wah. bagus boikot. tp tindakan org lontar batu tu tak patut..

    BalasPadam
  6. nak boikot pun buatlah secara aman

    BalasPadam
  7. Harap-harap acara boikot ni tak melahirkan ramai ganster melayu...Niat tak mengahalakan carakan...

    BalasPadam
  8. susah juga kalau org kita pun terlibat dgn rangkaian bisnis Israel...bisnis franchise walau xterlibat dgn mrk yg kejam tapi memberi keuntungan kpd syarikat induknya...

    BalasPadam
  9. Boikotlah utk kebaikan kita semua, tetapi biarlah beralaskan adat & hukum2 kita sbg org Islam... semoga menjadi ibadah buat kita semua...

    BalasPadam
  10. boikot dgn cara yang berhemah...jangan sampai tindakkan boleh memudarat org awam..

    BalasPadam
  11. Sedih dengan sikap segelintir dari kita, Nak boikot tapi tidak faham tatacara boikot yang sebenarnya...maka dah jadi lebih kurang sama macam zionis jugak la...

    BalasPadam
  12. Boikot2 juga... tapi cara tu perlulah yang menunjukkan etika umat islam yang baik bukan serupa macam zionis...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum jie.. dulu kita pun gemar makan mcd. sejak gaza kena bedil, terus boikot. rasa insaf diri .. sebolehnya boikot cara molek sikit la. ini gaya israel lebih kurang je. hmmmm

    BalasPadam
  14. Boikot la dengan berhemah... jangan la emo sampai baling batu dan memaki hamun pekerja... itu bukan cara orang kita...

    BalasPadam
  15. betul tu. Saya sokong acik idah :)

    BalasPadam
  16. Boikot pun boikot la..tapi jgn la bersikap serupa zionis..

    BalasPadam
  17. Boikot dgn otak bkn dgn kepala lutut

    BalasPadam