Bebaskan Diri Dari Hutang PTPTN

Alhamdulillah..

Aku takde hutang dengan ptptn sebab aku tak pernah buat pinjaman pun ..haha. Aku belajar dulu orang bagi duit, kita belajar jer. Tiap2 bulan dapat, tu  yang best. Sekarang ni dah kerja, tak payah fikir nak bayar pinjaman..

Di laman web freeptptn, lebih dua ratus ribu peminjam gagal melunaskan hutang pinjaman dan seratus ribu lebih sudah disenarai hitam oleh PTPTN. Boleh tahan gak ramai tu, mungkin angkanya akan bertambah..

Korang yang dah lama bekerja, tak nak ke langsaikan pinjaman ptptn tu. Bebaskan Diri Dari Hutang PTPTN, takde la menyampah hari2 ada call dari pihak ptptn..
Dalam beberapa hari ni gempar di akhbar dan media sosial, pihak ptptn telah membuat pemotongan pada gaji. Ramai yang tak puas hati, tu la liat sangat nak bayar pinjaman ptptn. Kan ptptn dah jadi SINGA.. haha..

Bebaskan Diri Dari Hutang PTPTN

Syabas aku ucapkan pada yang dapat langsaikan loan ptptn dan bebaskan diri anda. Bukannya semua peminjam ptptn liat nak bayar hutang, ada yang bagus. Mereka ada perancangan nak bayar balik hutang ptptn tu..

Macam ni baru ptptn suka..

Adakah anda ingin bebas dari hutang ptptn

Kalau nak, jom ke laman web beliau. Baca macam mana beliau melunaskan hutang yang berjumlah RM 19,594.00 dalam masa 5 tahun. Beliau telah menjumpai rahsia, skill, kaedah, taktik dan teknik untuk mrmbereskan hutang ptptn. Contohnya, kaedah sistem Ujrah..

Klik Ke laman web beliau >> free ptptn

Kesimpulan

Tak kira la apa2 pinjaman pun, perit ea nak bayar tiap2 bulan. Jadi elakkan buat pinjaman yang sia2. Fikirkan dari pelbagai sudut sebelum membuat pinjaman. Tapi ada orang buat pinjaman untuk bermegah-megah dengan diri..

Kalau ada sifat macam tu, jawabnya pinjaman akan bertambah la..

Jadi, kena ubah diri kita..





Subscribe to receive free email updates:

14 Responses to "Bebaskan Diri Dari Hutang PTPTN"

  1. naya juga cerita yang kat fb tu..hutang berpuluh k, bayar rm100 sebulan selama 7 tahun.bila cek baki, rupan2nya cuma membayar rm140 je..selama ni bayar bunga je.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah kesedaran untuk bayar tu timbul tahun lepas

    BalasPadam
  3. Dah bayar.. tapi tak ikut jadual..

    BalasPadam
  4. Dulu masa belajar, syukur dapat biasiswa... Tapi budak2 sekarang dah tak merasa dah...
    Tapi kalau dah meminjam tu, sendiri mau ingat ler kan...

    p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

    BalasPadam
  5. salam tahun baru 2016 Jie...

    BalasPadam
  6. saya memang tak suka meminjam..sebab nak bayar itu satu kesakitan..lebih sakit dari menannggung kekurangan wang tunai

    BalasPadam
  7. Pelajar sekarang memang selalunya pinjam PTPTN. Keluarga pelajar bukannya jenis kaya-raya. Mereka terpaksa meminjam PTPTN untuk meneruskan pelajaran di peringkat tinggi.

    Yang jadi masalah adalah, pihak PTPTN terus tolak pinjaman terus apabila pelajar itu dah bekerja.

    Seelok-eloknya jangan pinjam jika ada sumber kewangan lain seperti mengeluarkan duit KWSP ayah sebagai bayaran pembiayaan di Universiti atau kolej.

    Jom kunjungi entri saya: Pengalaman Bersama ONEXOX.

    BalasPadam
  8. Menyesal juga tak cepat habiskan hutang dengan PTPTN ni,so tahun ni kena cepatkan bebas belenggu dari hutang pendidikan

    BalasPadam
  9. kalau reti buat planning..insyaAllah dapat kurangkan hutang ptptn dari tahun ke tahun.

    BalasPadam
  10. ada hutang, kena bayar selalu la.

    takkan wat sardin aje.

    BalasPadam
  11. Tahun lepas PTPTN ade offer 20% diskaun jika buat bayaran sekaligus utk semua hutang pinjaman. Tidak tahu offer ni masih ada x?

    BalasPadam