Modal Memulakan Bisnes Air Balang

Anda tahu, agak-agak berapa Modal Memulakan Bisnes Air Balang ?  Continue dari artikel sebelum ini Cara Mulakan Bisnes Air Atau Air Balang. Buat anda yang berminat dengan bisnes air balang, artikel ini harap dapat membantu anda dalam penggunakan modal untuk memulakan bisnes tersebut..


Modal Memulakan Bisnes Air Balang


Modal Memulakan Bisnes Air Balang

Kalau sebut pasal modal, ianya bergantung pada anda samada nak menjalankan BISNES AIR BALANG secara kecil atau besar. Ada baiknya kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan bisnes ini, mulakan dengan modal yang rendah..


Tapi itu atas anda sendiri..


Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.


Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Dari Segi Untung

Contoh, jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini. Selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Modal serendah itu, peralatan yang perlu dibeli..

Balang Air

Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Rasanya untuk permulaan 3 balang air sudah cukup..

Kanopi

Guna kanopi lebih sesuai untuk berniaga dan kanopi pun ada pelbagai saiz. Ada yang bersaiz 8x8 kaki (harga RM150)dan 10x10 kaki(harga RM190 - RM250). Saiznya mengikut kesesuaian tapak..

Kaki Besi Meja Lipat & Papan Lapis Meja

Kaki besi meja lepak harganya dalam RM 50 hingga RM80 dan untuk papan lapis dalam RM15 sekeping..

Setakat ini saja yang dapat dikongsikan untuk memulakan Bisnes Air Balang. Ini rujukan ringkas saja yang dapat dishare untuk anda. Untuk mendapatkan rujukan penuh, klik banner yang diberikan di bawah..

Berminat, jangan menoleh ke belakang lagi.. Terus maju..

Subscribe to receive free email updates:

12 Responses to "Modal Memulakan Bisnes Air Balang"

  1. Bila baca memang menarik utk mengorak langkah baru
    Tapi rasa kakak yg dah tua ni tak mampu dahlah Jie nak business
    Buat adik-adik yg ada cita-cita business bolehlah..

    BalasPadam
  2. kalaulah ada geng nak bsnes cmni bestnya..

    BalasPadam
  3. UIks.. banyak gak income air balang ni ye. Nak mula tu yg malas tu.

    BalasPadam
  4. berdasarkan pengalaman sendiri yang bekerja di bahagian F & B..margin untung air boleh cecah 200 %..jual air kuat untung dan boleh cover kos untuk makanan pulak tu

    BalasPadam
  5. Peniaga air balang dekat rumah, asalnya sorang, sekarang dah pakai pekerja sorang lagi. Bisnes ni memang boleh pergi jauh.

    BalasPadam
  6. Memang ramai la yang nak berbisnes air balang sempena bulan Ramadhan nanti

    BalasPadam
  7. bolehlah dicoba no bisnis air balang

    BalasPadam