Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet

Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet. Siapa yang menonton drama Suamiku Paling Sweet ? Best tak, pasti ramai yang menonton drama ini, kan. Bila berkesempatan, admin tonton jugak drama ini. Bagi admin, okey jugak drama ini. Tapi, asyik terlepas episod saja..huhu..

Bagi pengemar drama ini, rugi la terlepas walau satu episod pun..

Jangan risau, online, kan ada. Boleh repeat balik di web tonton. Buat pengetahuan anda. Drama Suamiku Paling Sweet sudah ke udara di TV3 pada pukul 6.58 petang, hari isnin hingga khamis. Jika anda kerja shift macam admin, nasib la..huhu..


Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet


Sinopsis Suamiku Paling Sweet

Berbalik pada drama ini, sedikit perkongsian ringkas sinopsis drama suamiku paling sweet macam admin ni..haha..

Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.


Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar..

Menarik, kan Sinopsis Suamiku Paling Sweet..


Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet



Pelakon Suamiku Paling Sweet

Barisan pelakon yang melakonkan drama suamiku paling sweet mesti la kena sweet jugak..huhu. Watak hero boleh katakan lama jugak dalam industri seni manakala watak heroin macam baru saja. Betul ke ?

Jadi..

Saksikan barisan pelakon drama suamiku paling sweet

Mawar Rashid sebagai Qisya Iriz
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Liza Abdullah sebagai Puan Fatimah
Natasya Mahyan sebagai Maya
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Lia Natalia sebagai Deena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sanisah
Manan sebagai Manaf
Amirul Faqeem sebagai Ikram
Khairul Bahri sebagai Khalid
Chomel Farhana sebagai Shuk
Remy Maghrib sebagai Danny
Elvina Mohamad sebagai Hanna
Aida Othman sebagai Hanum

Zulkifli Salleh sebagai Pak Tam 


Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet


Ini antara watak pelakon dalam drama tersebut..

Dan..

Siapa penyanyi lagu tema drama suamiku paling sweet

Lirik Lagu Cool Love Ippo Hafiz OST Suamiku Paling Sweet

Artis yang menyanyikan OST Suamiku Paling Sweet ialah Ippo Hafiz berjudul Cool Love. Ingin mengetahui liriknya. Berikut admin kongsikan lirik lagu tema drama tersebut..

Lirik Lagu Cool Love Ippo Hafiz OST Suamiku Paling Sweet

Saat kau biarkan aku
Terus menemani dirimu
Tetap indah tetap indah
Ketika ku bersamamu

Kau permata permaisuriku
Kau menghiasi jiwa ini
Penuh rasa penuh rasa


Cintaku kepadamu

Walau hanya rintangan mendatang
Cintaku tak akan berubah
Kepadamu lagi akan ku pertahankan

Saat cinta kita bersatu
Tetapkanlah di sisiku
Oh sayang

Kan menjadi milik kita

Atau..

Anda boleh mendengar YouTube Lagu Cool Love Ippo Hafiz OST Suamiku Paling Sweet..



Mana best dengan lagu Pertama Cinta diyanyikan oleh Usop Mentor Melinia..

Okey, ini antara info yang admin kumpul dan kongsikan pada anda. Drama yang mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Zul Huzaimy Marzuki. Adakah drama ini semakin popular ? Anda tolong jawab, ya..huuhu..

Bagi pengemar siri ini, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya..

Sekian..

Terima kasih membaca artikel Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet..

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelakon Dan OST Suamiku Paling Sweet"

Catat Ulasan