Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Pastinya ramai yang membuat pinjaman ptptn, kan. Maklum lah ia adalah bantuan pinjaman untuk graduan-graduan meneruskan pengajian sehingga tamat pengajian..
Anda disarankan guna pinjaman dengan bijak tanpa menyalahgunakan keistimewaan tersebut. Yang sudah tamat pengajian dan sudah bekerja, adakah anda sudah melunaskan pinjaman ptptn? Jika belum, sudahkan anda Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS..
Kini anda boleh semak pinjaman ptptn dengan lebih cepat dan pantas, ia melalui keadah online dan sms. Sebaiknya anda membuat pembayaran secara tetap setiap bulan dengan pemotongan gaji, cara ini lebih memudahkan anda melangsaikan hutang ptptn dengan lebih cepat..
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyediakan perhidmatan ini untuk memudahkan anda menyemak baki ptptn tanpa pergi ke pejabat atau cawangan mereka..Dan..
Sila perhatikan cara-cara tersebut..
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN
1. Layari Laman Web PTPTN..(Klik Sini)
2. Klik Ikon Penyata Pinjaman..(Klik Sini)
3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
5. Semak
Cara Semak Baki PTPTN SMS
1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888
Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN..(Klik Sini)
Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS..
Kredit Sumber | Klik Sini
Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017
Anda berita gembira untuk anda yang masih ada pinjaman ptptn, melalui bajet 2017 pada bulan oktober yang lalu. Perdana Menteri memberikan tawaran diskaun 10% hingga 15% untuk melunaskan pinjaman tersebut..Berkuatkuasa pada 22 Oktober 2016 sehinggalah 31 Disember 2017..
Tawaran ini sehingga penhujung disember 2017, anda ambil la peluang tersebut untuk membuat bayaran balik pada pihak PTPTN. Diskaun ini bertujuan menggalakkan peminjam membuat bayaran balik..
Tawaran Diskaun 15%
Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 layak mendapat kemudahan ini..
Tawaran Diskaun 10%
- Semua peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman yang diterima pada bulan yang sama adalah layak.
- Semua peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan/ dipersetujui.
Anda jugak boleh check berapa baki pinjaman selepas diskaun..Klik Sini
Semakan Perkhidmatan Lain PTPTN
Selain itu ada pelbagai perkhidmatan ptptn yang boleh disemak melalui SMS. Anda boleh rujuk cara semakan seperti di atas. Antara semakan yang boleh dirujuk dan memerlukan perkhidmatan tersebut dengan cepat..
- Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
- Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
- Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
Rujukan Sumber | Klik sini
Banyak kemudahan yang diberikan oleh ptptn untuk anda, sila gunakan perkhidmatan mereka sebaik mungkin dan mesra alam.. huhu. Okey, Sekian blogpost ptptn kali ini dan belum lagi tawaran untuk SSPN-i..
Anda jugak boleh jadi ahli affiliate mereka.. (SSPN-i). Jadi lah rakan affiliate mereka..
Perkongsian bergunaa..syukur sy dah habis bayar loan PTPTN ni, dulu bayar habis terus dapat ujrah 4%..
BalasPadamTQ info..penting utk semak segala hutang dgn PTPTN ni.. moga di permudahkan urusan pembayaran hutang...
BalasPadamMudah lah kalau nak tengok jumlah terkini baki hutang PTPTN yang belum dibayar..memudahkan graduan untuk buat semakan..
BalasPadamDah senang nak bayar hutang PTPTN sekarang nie.. Jadi, takde alasan tuk peminjam tak nak bayar hutang
BalasPadamInfo yg bagus utk rujukan dan peringatan yg berkenaan hutang PTPTN ni... bayar jngn tak bayar tau hehee :)
BalasPadammudahlah nak rujuk skrg ni, online je
BalasPadamSekarang ptptn dah start potongan secara mandatori..ramai yang kena... :-)
BalasPadamPinjaman PTPTN selalu ada beri diskaun untuk menggalakkan bayar balik. Maka penghutang adalah baik untuk merebut peluang ni dan membuat bayaran utk jimatkan wang.
BalasPadam