Makan-Makan Dengan Santai

Assalamualaikum..
Makan-Makan Dengan Santai
Blurnya picture ni..

Alhamdulillah kita masih lagi dalam bulan ramadan yang mulia ini dan aku masih lagi dapat berpuasa dengan jayanya..hehe. Kita pun dah sampai sepuluh malam terakhir, perbanyakkan amal ibadat untuk mencari malam Lailatur Qadar. Amin..

Sabtu, hari yang bersejarah sebab duit banyak yang lari meninggalkan aku..haha. Gurau jer. Selama kita berpuasa ni tak pernah sekali pun aku makan kat luar, kalau dulu pantang je orang ajak, mesti ON je..

Jadi, hari sabtu hari tu, sambil-sambil cari barang keperluan sikit terus je berbuka kat luar. Semenjak puasa ni lama tak lepak kedai makan..hehe. Lokasi macam biasa la, di Dungun. Suka gak kedai ni, dapat Makan-Makan Dengan Santai. Aku suka pergi kedai yang biasa-biasa tapi bila masuk dalam rasa selesa dan tenang je, baru santai makan kan..haha.

Emm, takpe la duit habis pun, masa berharga bersama family tu penting. Kita jangan berkira sangat soal ni, duit habis boleh dicari lagi, kenangan terindah bersama family tu penting. Masukkan dalam blog ni sebagai kenangan, bila-bila boleh baca lagi..hehe. Sedikit penkongsian bersama kita..

Tiga amalan dibawa selepas mati

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang bermanfaat.
  3. Doa anak-anak yang soleh.

Rujkan lagi lengkap klik SINI..


Subscribe to receive free email updates:

18 Responses to "Makan-Makan Dengan Santai"

  1. Betul tuh. Kenangan paling mahal yg takleh dijual beli. Bagus la tu kurang makan luar. Orang rumah masak, lagi bersih lagi sedap. Kan kan. :D sekali sekala makan luar. Ape salahnye. Ye dak?

    BalasPadam
  2. kalau fmly happy ..kita pun rsa happy.

    BalasPadam
  3. duit mmg utk dibelanjakan selepas ada sikit simpan utk kecemasan . bab mkn jgn berkira . lagi byk sedekah mkn kat family , insha allah lagi murah rezeki kita ...

    BalasPadam
  4. salam. seronok kan berbuka bersama family..:) keluarga bahagia heheh :))

    BalasPadam
  5. Betul tu Jie..keluarga lebih penting..banyakkan bersedakah untuk keluarga..insyaAllah lagi murah rezeki kita..

    BalasPadam
  6. Bukan selalu dpt peluang macam ini kan.. makan santai dgn keluarga- seronok.
    Dungun satu tempat yg cantik, makanan sedap dan murah. Kakak kalau ke T'ganu tak sah kalau tak singgah di Dungun.

    BalasPadam
  7. Sama la. jarang sangat makan luar. Selalu asyik masak sebab kita bujang lagi. Kalau yang dah kahwin, seronok jugak bawak isteri keluar makan. atleast dia boleh rehat, hari2 masak. hehehe :)

    p/s: iday suka makan kat dungun, kat tepi pantai. rasanya dekat2 dengan uitm dungun. hehe

    BalasPadam
  8. duit boleh cari... bukan selalu nak manja2 makan kat luar.... kannnn...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Jie, wahh bestnya. sheila baru sekali dapat berbuka luar dengan keluarga. kekok juga sebab ada anak kecil kan. makan pun bergilir. hihiiii ~~~

    BalasPadam
  10. Saya pun baru sekali berbuka puasa diluar. Maklumlah...sesekali nak juga tukar selera kan... :)

    BalasPadam
  11. Betul tu... pengalaman bersama keluarga adalah saat yg paling berharga... :)

    BalasPadam
  12. Mesti adakan masa untuk keluarga, berbuka diluar antara yang terbaikllah.

    BalasPadam
  13. bagusnya..saya terbalik pula..kalau suami bekerja malam pon terpaksa tapau je..memandangkan anak yang kecik tu, bila saya balik kerja langsung taknak berenggang..bestnye duk Dungun..biasa kedai2 "BIASA" nilah yang sedap..

    Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online

    BalasPadam
  14. mmg best dapat berbuka kat luar bersama keluarga.....

    #best nampak ikan tu..:D

    BalasPadam
  15. betul tu jangan kedekut sangat dengan ahli keluarga... :)

    BalasPadam
  16. sesekali hargai diri sendiri dengan makan sedap bersama family okay jugak kan :)

    BalasPadam
  17. Hmmm...momen terindah.

    BalasPadam