Kenangan Di Hari Raya Pertama

Assalamualaikum..
Aku Punya Raya Pertama
Kenangan Di Hari Raya Pertama | Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dan berfoto bersama ahli keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Berfoto di rumah Mak Saudara sambil makan laksa. Kenangan terindah untuk tahun 2014 ni..hihi.

Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi beraya bersama family di kampung, 3 tahun masih lagi selamat dari bekerja di hari raya ni, buat rakan yang bekerja di hari raya tu, jangan marah ea. Ada hikmat disebaliknya..

Emm, selepas je sembahyang raya, kitorang satu family terus gerak ke kubur arwah Ma, kalau balik rumah terus selepas sembahyang, kot-kot tak pergi pulak. Amalan ini kitorang teruskan tiap2 tahun, cuma bezanya kali ini kena pergi dua tempat, tambah satu lagi untuk arwah Ayah belah isteri. Sayu dan berasa diri ini kerdil berada di tempat tersebut..

Selepas tu boleh la pergi beraya dan makan, makan, makan je..hehe.
Kenangan Di Hari Raya Pertama
Selfie bersama adik dan sepupu..hehe. Jeng2, makin menjadi-jadi fanomena selfie ni pada diriku, banyak terpegaruh dengan rakan2 blogger..

Raya pertama, hanya beraya yang berdekatan dengan rumah, tengah hari terus balik rumah isteri di tanah merah, Kelantan. tak sempat nak beraya rumah kawan2. Buat kawan ku yang berkahwin hari ni, maaf tak dapat pergi. 

Walaupun dah terlewat, aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk rakan2 blogger, rakan2 yang membaca blog ini, maaf kalau ada buat kesalahan samada sedar atau tak..

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Kerepok Lekor SukaramaiAssalamualaikum.. Biasanya kalau aku balik kelantan ikut laluan lain tapi hari itu aku ikut jalan pantai.. Bila ikut jalan pantai ni mesti … Read More...
  • Bila Habis Cuti RayaAssalamualaikum.. Hari ini dah nak balik.. Esok kena kerja lak.. Mood raya n duk rumah tak habis lagi ni.. Rumah kawan2 pun masih ada ta… Read More...
  • Sana Sini DurianAssalamualaikum.. Google punya Apa khabar pembaca blog ni.. Terlebih dahulu aku nak minta maaf dekat blogger yang join Segmen: Fol… Read More...
  • Pantai Kemasik TerengganuAssalamualaikum.. Apa khabar pembaca semua.. Sudah lama aku tak pergi pantai.. Teringin jer nak pergi.. Pantai kemasik ni takde la jauh den… Read More...
  • Pagi RayaAssalamualaikum.. Salam satu syawal semua.. Semua tentu seronok hari ini..Raya kan..hehe.. Lebih2 lagi budak2.. Banyak la kutip duit..Pagi … Read More...

8 Responses to "Kenangan Di Hari Raya Pertama"

  1. hihihih..berselfie sakan time raya..:D salam aidilfitri yg ke-4..:DD

    BalasPadam
  2. seronoknya berselfie ya...salam lebaran...

    BalasPadam
  3. rumah mentua di Tanah Merah ke? Hmm..abe pun dok sini. Lain kali dpt la jumpa kot? In Sha Allah.

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya buat Jie sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer...

    BalasPadam
  5. Wahh meriah.. Salam Aidilfitri kpd Jie sekeluarga... maaf zahir & batin... :)

    BalasPadam
  6. Meriahnya raya dia... Selamat hari raya :) maaf zahir & batin :D

    BalasPadam
  7. Meriahnye..

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya jie sekeluarga

    BalasPadam