Bisnes Bakeri Sesuai Dilakukan Di Rumah

Bisnes Bakeri Sesuai Di Lakukan Di Rumah. Banyak peluang untuk kita menambah pendapatan dan cara untuk mencari rezeki halal pun ada beberapa kaedah. Orang kata nak dengan tak nak saja. Biasanya jika kita hendak memulakan bisnes atau berniaga sudah semestinya kena keluar rumah dan menjual, kan..

Ke nak berniaga memang ada yang kena duduk rumah saja..

Rasanya mana-mana bisnes pun memang kena keluar rumah. Kalau tak keluar macam mana nak beli barang-barang atau peralatan. Cuma yang best kerja boleh dilakukan di rumah tanpa ada had tertentu seperti mereka yang bekerja makan gaji. Contohnya seperti berniaga bakeri, boleh saja buat kek atau kuih muih di rumah. Janji cukup bahan dan peralatan..

Bisnes Bakeri Sesuai Dilakukan Di Rumah

Bisnes Bakeri Sesuai Dilakukan Di Rumah

Kenapa dikatakan Bisnes Bakeri sesuai diniagakan di rumah ? Jika anda baca panduan yang ditulis oleh Nik Roslin, ada kelebihan buat mereka yang menjalankan bisnes ini di rumah. Antara sebab kenapa bisnes tersebut sesuai..

Kos Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!

Tidak Perlu Terlalu Menjual.
Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!

Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!
Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!

Okey, sesuai, kan menjayakan bisnes ini di rumah..

Resepi Produk Bisnes Bakeri Sangat Tinggi

Jika anda hendak tahu, produk home-made bakeri sangat tunggi permintaannya. Seperti Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan sebagainya sentiasa di cari-cari oleh orang ramai..

Di mana nak cara mereka yang mengajar membuat resepi bakeri. Contoh seperti..
  • Resepi cupcake
  • Resepi Cheese tart
  • Resepi Roti Jala
  • Resepi kek Coklat
  • Resepi muffin
Jika anda sudah pandai membuat salah satu resepi yang disebutkan di atas, satu kelebihan untuk anda. Bagaimana pulak dengan mereka yang tidak tahu untuk membuat resepi tersebut ? Pasti susah jugak nak cari mereka yang membuat kelas bakeri ini..

Tapi..

Dalam Panduan Bisnes Bakeri, ada ditunjukkan cara di mana nak belajar membuatnya..

Panduan Bisnes Bakeri


Boleh Mulakan Bisnes Bakeri Di Rumah

Anda nampak, kan berniaga bakeri mempunyai peluang cerah untuk mereka yang ingin memilih untuk menjual di rumah. Boleh katakan sesuai untuk surirumah dan mereka-mereka di luar sana..

Anda nak tahu selok belok bisnesnya, boleh dapatkan info ini " Panduan Bisnes Bakeri"..

Sebelum bermula..

Kenalpasti kuih mana yang anda hendak pelajari sebelum menghadari kelasnya. Jangan terus buat tanpa membuat kajian dulu. Dan pastinya anda tahu, nak berbisnes, usaha gigih diperlukan. Panduan ini salah satu info untuk anda berjaya..

Selebihnya, atas usaha anda..

Sekian..

Terima kasih membaca artikel Bisnes Bakeri Sesuai Dilakukan Di Rumah..

Subscribe to receive free email updates:

6 Responses to "Bisnes Bakeri Sesuai Dilakukan Di Rumah"

  1. Bestnya kalau pandai buat bakeri..kita reti beli n makan je.. :)

    BalasPadam
  2. Memang bagus kepada surirumah atau isteri yg mempunyai minat terhadap bisnes ini.

    BalasPadam
  3. Bagus bisnes mcm ni.. klu dah dpt tempo lagi seronok kan.. menarik :)

    BalasPadam
  4. Mulakan dirumah dulu..dah mantap, barulah sewa kedai...panduan ni bagus utk mereka yg benar2 serius nk berniaga

    BalasPadam
  5. Betul tu... teman pun bermula berjinak-jinak baking... mana la tau suatu hari nanti boleh jadikan sumber pendapatan tambahan... yang penting, kita ke a kreatif dan inovatif... 👌

    BalasPadam