Panduan Mulakan Penternakan Kambing

Panduan Mulakan Penternakan Kambing. Iklim di Malaysia memang sangat sesuai untuk menternak pelbagai jenis kambing. Tapi jarang-jarang saja kita jumpa orang yang menceburi bidang jual beli kambing. Kenapa ramai yang tidak menceburi bidang ini ? Adakah kerana untungnya tidak setimpal dengan usaha dilakukan ?..

Atau..

Ada sebab-sebab yang lain..

Itu hanya anggapan orang yang tidak minat menternak kambing. Bagi yang nampak peluang ini, ia adalah peluang seharusnya diceburi. Perternakan kambing mempunyai peluang yang cerah dalam pasaran tempatan masa kini..

Baka Atau Jenis Kambing Di Malaysia

Panduan Mulakan Penternakan Kambing Boer

Ada beberapa jenis kambing di Negara kita, melalui pembacaan aku dalam Panduan Penternakan Kambing ini. Baka kambing ada katogeri sendiri seperti kambing daging, kambing susu dan kambing daging & susu..

Secara ringkas baka dan nama kambing..

Kambing Daging (Untuk daging)

  • Kambing Boer 
  • Kacang
  • Bengal
  • Savanna 
  • Kalahari red
  • Jermasia
Kambing Boer
Kambing Boer

Kambing Susu
  • Alpine 
  • Saanen
  • Toggenburg
Kambing Saanen
Kambing Saanen

Kambing Untuk Daging Dan Susu 
  • Jamnapari 
  • Anglo Nubian

Kambing Jamnapari
Kambing Jamnapari

Antara jenis kambing di Malaysia ini, Kamping Beor antara yang popular. 


Cara Penternakan Kambing

Ada beberapa cara perternakan kambing di Negara kita, penerangan secara ringkas peliharaan kambing dilakukan..

Satu, kawasan ladang terbuka

  • Jika anda sudah anda modal tinggi atau sudah ada tanah yang luas, boleh la menggunakan cara penternakan ini. Bilangan kambing pun boleh dijaga dengan banyak dan berlainan baka. Cuma rumput perlu dijaga bagi mengelakkan terkena penyakit..


Dua, kandang

  • Cara nak bina kandang, modal bina kandang, kawasan mana sesuai bina kandang kambing dan beberapa langkah lagi perlu anda tahu untuk memastikan kandang sesuai untuk kambing. Kena ada ilmu, anda boleh rujuk Panduan Penternakan Kambing ini..


Dua kaedah penternakan kambing yang biasa dilakukan..


kandang kambing


Makanan Kambing

Makanan Kambing satu hal, kena cari yang sesuai tapi biasanya makanan asasinya rumput. Kena tahu mana rumput yang sesuai diberi pada kambing. Biasanya jenis rumput napier dan rumput jagung..

Makan rumput tersebut, tak pandang kiri kanan dah..huhu..

Dan..

Kena pastikan rumput itu segar dan bebas dari racun. Selain itu makanan tambahan yang lain seperti dedak, jagung, daun nangka dan sebagainya. Diberi makan tiga kali sehari..


Panduan Mulakan Penternakan Kambing
Rumput Jagung
Dan garam jilat yang mempunyai nutrient tinggi untuk kambing. Jika anda belum pernah melihatnya, kami kongsikan melalui foto dibawah. Pastikan anda tahu di mana nak membeli item tersebut..

Panduan Mulakan Penternakan Kambing

Harga Seekor Kambing


Harga seekor kambing ditentukan melalui berat dan jenis kambing. Lagi berat KG lagi tinggi harganya. Di sini secara ringkas penerangan harga kambing tempatan..

  •  BERAT 10 – 15KG   >> RM330.00
  •  BERAT 16 – 20KG   >> RM440.00
  •  BERAT 21 – 30KG   >> RM660.00
  •  BERAT 31 – 40KG   >> RM880.00

Sekadar perkongsian, mungkin ada yang tidak tepat. Anda yang sudah biasa jual beli kambing, dialu-alukan tinggalkan komen di sini..

Manfaat Atau Khasiat Daging Kambing

Permintaan daging kambing memang tinggi kerana rasa dagingnya yang memang sedap dan awesome. Kalau pergi mana-mana jamuan yang ada menu kambing, pastinya daging ini habis dulu dari lauk-lauk yang lain..

Ramainya masyarakat yang mengemari daging kambing..

Dan..

Antara manfaat dan khasiat daging kambing..
  1. Meningkatkan HDL (kolestrol baik)
  2. Menjaga sistem saraf
  3. Menjaga kesihatan mata
  4. Meningkatkan sistem ketahanan tubuh
  5. Mencegah anemia
Beruntung usahawan yang telah menceburi bidang penternakan kambing dan telah mendapat hasil melaluinya. Jika ada yang baru nak belajar dan sangat berminat mulakan penternakan kambing, kami cadangkan anda dapatkan rujukan ini..

Panduan Mulakan Penternakan Kambing

Secara ringkas apa yang ada dalam panduan penternakan kambing. Diharap mendapat manfaat melaluinya..

 1. Kenapa Kambing?
Menceritakan tentang 6 kelebihan penternakan kambing serta memberikan anda tempat-tempat sumber rujukan untuk anda memulakan pernternakan kambing.

2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Kandang Kambing
Menerangkan dengan terperinci 10 perkara yang penting tentang kandang siap beserta gambarajah. Serta beberapa tips bagaimana anda boleh berjimat di dalam membina kandang.

4. Makanan Kambing
Kepentingan makanan untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) . Menceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Penrengan secara bergambar langkah-demi-langkah penanaman rumput untuk kambing serta tips ringkas untuk menjimatkan kos makanan.

5. Baka Kambing
Menceritakan tentang 5 jenis baka kambing yang boleh anda pilih disamping menerangkan dengan terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk memilih kambing yang ingin dijadikan baka.

6. Pembiakan Kambing
Penerangan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

7. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

8. Teknik Memerah Susu
Penerangan secara bergambar bagaimana memerah susu kambing dengan betul. Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

9. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Jika anda hendak belajar, panduan ini salah satu alat bantu untuk anda cepat belajar. Anda Boleh dapatkan rujukan penuh melalui link ini >> Panduan Penternakan Kambing..


Terima kasih membaca artikel Panduan Mulakan Penternakan Kambing..

Subscribe to receive free email updates:

8 Responses to "Panduan Mulakan Penternakan Kambing"

  1. Saya suka susu kambing.. tak berapa muak dan sedap. Daging kambing pun mmg sedap especially panggang.. best2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jie kurang susu kambing ni bro khir..klu daging best..n bila la dpt tgk penternakan kambing besar-besaran..

      Padam
  2. menarik gak info ni. boleh difikirkan mengenai business kambing

    BalasPadam
  3. Menarik info. Dulu-dulu ketika remaja, saya selalu juga pakai sabun susu kambing HR. Masa tu sensitif kalau muka naik jerawat. Haha..tu pun terpengaruh dengan sepupu2 perempuan yang pakai sabun tu. Katanya berkesan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. uhuhu..jie x igt pernah pakai ke x sabun tu..

      Padam
  4. Banyak khasiat susu kambing ni just daging je tk boleh banyak makan sgt kalau tk sihat..walaumacammana pun, permintaan dr negara luar semakin meningkat terutamanya negara China..potensi keuntungan mmg besar

    BalasPadam