Kenangan Di Hari Raya Pertama

Assalamualaikum..
Aku Punya Raya Pertama
Kenangan Di Hari Raya Pertama | Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dan berfoto bersama ahli keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Berfoto di rumah Mak Saudara sambil makan laksa. Kenangan terindah untuk tahun 2014 ni..hihi.

Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi beraya bersama family di kampung, 3 tahun masih lagi selamat dari bekerja di hari raya ni, buat rakan yang bekerja di hari raya tu, jangan marah ea. Ada hikmat disebaliknya..

Emm, selepas je sembahyang raya, kitorang satu family terus gerak ke kubur arwah Ma, kalau balik rumah terus selepas sembahyang, kot-kot tak pergi pulak. Amalan ini kitorang teruskan tiap2 tahun, cuma bezanya kali ini kena pergi dua tempat, tambah satu lagi untuk arwah Ayah belah isteri. Sayu dan berasa diri ini kerdil berada di tempat tersebut..

Selepas tu boleh la pergi beraya dan makan, makan, makan je..hehe.
Kenangan Di Hari Raya Pertama
Selfie bersama adik dan sepupu..hehe. Jeng2, makin menjadi-jadi fanomena selfie ni pada diriku, banyak terpegaruh dengan rakan2 blogger..

Raya pertama, hanya beraya yang berdekatan dengan rumah, tengah hari terus balik rumah isteri di tanah merah, Kelantan. tak sempat nak beraya rumah kawan2. Buat kawan ku yang berkahwin hari ni, maaf tak dapat pergi. 

Walaupun dah terlewat, aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri untuk rakan2 blogger, rakan2 yang membaca blog ini, maaf kalau ada buat kesalahan samada sedar atau tak..

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Waktu Yang Sesuai Untuk BerdoaAssalamualaikum.. Hai, Semoga semuanya dalam keadaan sihat2 belaka.. Emm, saja nak share dengan pembaca blog aku.. Ini antara waktu yang se… Read More...
  • Header BaruAssalamualaikum.. Hai korang,header aku sudah bertukar.. Lama dah nak tukar ni cuma xpandai je nak buat..hehe.. Rasanya baru 3 kali a… Read More...
  • 3 Movie Nak TengokAssalamualaikum.. Hai korang, Syok nya kalau hari ni boleh keluar jalan2 n tengok wayang.. Sebut tentang wayang ni.. Aku teringin betul nak… Read More...
  • Pasar RamadanAssalamualaikum.. Hai korang,dah tujuh hari kita puasa.. Tak sedar cepatnya masa berlalu.. Hari ni buat kali ke berapa entah aku pergi k… Read More...
  • Al Fatihah Dan TerjemahannyaAssalamualaikum.. Hai kawan2 semua, sudah masuk hari ketiga kita puasa.. Jumaat pertama dalam bulan ramadan ni.. Surah Al Fatihah, dah lama… Read More...

8 Responses to "Kenangan Di Hari Raya Pertama"

  1. hihihih..berselfie sakan time raya..:D salam aidilfitri yg ke-4..:DD

    BalasPadam
  2. seronoknya berselfie ya...salam lebaran...

    BalasPadam
  3. rumah mentua di Tanah Merah ke? Hmm..abe pun dok sini. Lain kali dpt la jumpa kot? In Sha Allah.

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya buat Jie sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer...

    BalasPadam
  5. Wahh meriah.. Salam Aidilfitri kpd Jie sekeluarga... maaf zahir & batin... :)

    BalasPadam
  6. Meriahnya raya dia... Selamat hari raya :) maaf zahir & batin :D

    BalasPadam
  7. Meriahnye..

    BalasPadam
  8. Selamat hari raya jie sekeluarga

    BalasPadam